Marilah Berkongsi Rezeki Dan Memberi Manfaat Kepada Mereka Yang Memerlukan...

Semboyan Kasih akan sentiasa menyalurkan sumbangan bagi membawa perubahan kepada golongan yang memerlukan... Sumbangan anda juga akan memastikan keteguhan persatuan dan secara langsung membantu golongan yang tertindas serta yang kurang bernasib baik.

Bantuan Warga Semboyan

Dengan sokongan warga Semboyan dan rakan-rakan seperjuangan, Semboyan Malaysia melalui dana Semboyan Kasih menyalurkan bantuan kepada individu-individu dan keluarga yang memerlukan, dari segi keperluan asas harian termasuk kos dan bantuan perubatan.

Infaq Tahunan Ramadhan

Aktiviti tahunan Semboyan Kasih sepanjang bulan Ramadhan Al-Mubarak bertujuan untuk membantu insan-insan yang memerlukan dan disalurkan minimum kepada 30 lokasi berbeza di seluruh Malaysia.

Perjuangan Semboyan Malaysia

Sebahagian dana Semboyan Kasih akan disalurkan untuk memperkukuhkan perjuangan Semboyan Malaysia yang melibatkan kos-kos profesional, penyelenggaraan kenderaan, pejabat serta menjaringkan masyarakat utk melahirkan pasukan Semboyan yang sedia berkhidmat.

Ikuti Perjuangan Kami...